ANCAMAN penutupan Selat Hormuz oleh Iran susulan konflik di Asia Barat kini mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan tenaga dunia dan kesan rantaian kepada ekonomi global termasuk Malaysia.
Situasi itu timbul selepas Pemimpin Agung baharu Iran, Mojtaba Khamenei mengumumkan bahawa laluan perkapalan strategik tersebut mesti kekal ditutup sebagai tindak balas terhadap serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bermula pada 28 Februari lalu.