Bersedia hadapi krisis tenaga
Iklan
Kapal kargo belayar di perairan berhampiran bandar Fujairah di Selat Hormuz, Emiriah Arab Bersatu. - AFP
KETEGANGAN yang semakin memuncak di Timur Tengah kini mula menggoncang pasaran tenaga dunia. Konflik melibatkan Iran mendorong kenaikan harga minyak secara mendadak, sekali gus mencetuskan kebimbangan kestabilan bekalan tenaga global.
Dalam tempoh singkat, pasaran komoditi menunjukkan reaksi ketara, harga minyak melonjak, laluan penerbangan berubah dan kos pengangkutan mula meningkat.