RM1.5 juta setahun bela guru disaman
Iklan
Guru pengiring turut sama-sama turun padang bagi membantu pelajar menyunting video.
DALAM landskap pendidikan yang semakin mencabar, guru hari ini bukan sahaja berdepan tugas mendidik, malah semakin terdedah kepada tekanan undang-undang apabila tindakan disiplin di sekolah dipersoalkan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan pihaknya membelanjakan kira-kira RM1.5 juta setahun bagi membantu guru yang berdepan saman atau tindakan mahkamah.