Himpunan Hari Al‑Quds Sedunia di Kuala Lumpur terkawal - Polis

Iklan
Perhimpunan Hari Al‑Quds Sedunia 2026 di ibu negara pada Jumaat berlangsung aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Hari Al‑Quds Sedunia 2026 di ibu negara pada Jumaat berlangsung aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menempatkan keanggotaan mencukupi dalam memastikan perhimpunan itu berjalan lancar dan tenang.

Iklan
Iklan

"Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Dianggarkan seramai 380 peserta hadir dalam himpunan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sebelum itu, himpunan yang melibatkan penyertaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) selain kehadiran beberapa ahli politik itu dimulakan dari hadapan Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini selepas selesai Solat Jumaat.

Peserta himpunan kemudian berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dengan kawalan ketat pasukan polis.

Iklan

Kelihatan peserta membawa bendera Palestin selain sepanduk yang mengutuk kekejaman Israel dan Amerika Syarikat.

Himpunan mula bersurai secara beransur-ansur kira-kira jam 4 petang.