KANGAR - Orang ramai menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Majmuk 2026 anjuran Wisdom Outreach Centre di pekarangan Masjid Alwi, Kangar.
Program yang menghimpunkan hampir 170 tetamu bukan Islam daripada pelbagai kaum termasuk Cina, India, Siam dan lain-lain serta 40 mualaf sekitar Perlis itu bertujuan mengeratkan hubungan harmoni antara masyarakat berbilang kaum di negeri ini, selain memberi pendedahan kepada komuniti bukan Islam mengenai Islam dalam suasana penuh muhibah. - Foto Bernama