Harga diesel naik, kos logistik dijangka meningkat - Gapema
Iklan
Kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga dan penjaja. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga dan penjaja kerana ia dijangka memberi kesan langsung kepada kos logistik serta harga barangan terutama menjelang musim perayaan.
Naib Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema), Baharudin Mohamed Ali berkata, kenaikan itu dijangka memberi kesan besar kepada rantaian bekalan kerana pemborong berkemungkinan mengambil langkah menaikkan harga barangan.