Penjimatan kerajaan isyarat persediaan awal
Iklan
Harga minyak dunia melambung susulan konflik di Asia Barat. Gambar kecil: Mohd Faisol (kanan) dan Mohd Afzanizam
PUTRAJAYA – Pemerhati ekonomi menyifatkan langkah pen-jimatan yang diumumkan kerajaan susulan konflik Asia Barat sebagai isyarat situasi geopolitik semasa perlu diberi perhatian serius dan memerlukan persediaan awal daripada semua pihak.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tindakan berjimat cermat merupakan langkah yang wajar berikutan ketidaktentuan berkaitan konflik di Iran masih sukar diramalkan.