Keruntuhan senyap blok pembangkang
Iklan
Apabila pembangkang gagal menguasai perbahasan politik, kerajaan secara tuntas mendapat ruang lebih luas untuk bernafas. Foto hiasan
DALAM sejarah demokrasi, kerajaan yang kukuh lazimnya diimbangi pembangkang yang utuh. Malangnya, landskap politik Malaysia dewasa ini menampilkan paradoks aneh.
Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sering berdepan kritikan tentang integriti, kos sara hidup hinggalah kepada reformasi institusi tertunggak dan bercanggah dengan janji pilihan raya.