Pakistan umum langkah jimat bahan api

Iklan
Kenaikan harga bahan api telah mencetuskan panik dalam kalangan pengguna di negara itu. Foto Agensi

ISLAMABAD - Pakistan mengumumkan langkah menyeluruh untuk mengurangkan impak krisis tenaga susulan lonjakan harga minyak dunia.

Sekolah dan universiti di seluruh negara akan beralih kepada kelas dalam talian untuk tempoh dua minggu akan datang manakala pekerja pejabat diarahkan bekerja dari rumah bagi mengurangkan penggunaan bahan api.

Iklan
Iklan

Anggota Parlimen pula akan berdepan pemotongan gaji sebanyak 25 peratus manakala perbelanjaan kerajaan bakal dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Pada minggu lalu, keputusan pemerintah menaikkan harga bahan api kepada AS$0.20 (78 sen) seliter telah mencetuskan kemarahan orang ramai. - Agensi

Iklan

 

 

Iklan