Kos bahan api naik: Air New Zealand batal 1,100 penerbangan

Iklan
Syarikat penerbangan Air New Zealand terpaksa menaikkan harga tiket untuk semua laluan. Foto Agensi

WELLINGTON - Sebuah syarikat penerbangan New Zealand pada Khamis mengumumkan ia terpaksa membatalkan kira-kira 1,100 atau lima peratus jadual penerbangan untuk tempoh dua bulan akan datang susulan kebimbangan kenaikan kos bahan api.

Ketua Eksekutif Air New Zealand, Nikhil Ravishankar berkata, langkah itu akan menjejaskan kira-kira 44,000 penumpang.

Iklan
Iklan

"Sebahagian besar pembatalan itu melibatkan laluan domestik. Destinasi antara New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun tidak akan terjejas susulan lonjakan permintaan untuk laluan alternatif ke Eropah," ujarnya.

Menurut Ravishankar, bahan api jet biasanya berharga kira-kira AS$85 setong. Kini, kos telah meningkat dua kali ganda hingga menyebabkan syarikat itu terpaksa menaikkan harga tiket untuk semua laluan. - AFP

Iklan
Iklan