Syarikat AS digodam sebagai balasan serangan ke atas Iran

Iklan
Serangan siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS), Stryker, dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran.

SERANGAN siber ke atas syarikat peralatan perubatan Amerika Syarikat (AS), Stryker, dilapor dilakukan oleh kumpulan penggodam Handala yang dikaitkan dengan Iran, susulan serangan ketenteraan AS dan Israel ke atas Iran sejak hampir tiga minggu lalu.

Handala mendakwa serangan itu adalah tindakan balas terhadap serangan peluru berpandu yang mengorbankan lebih 170 mangsa di sebuah sekolah di Minab, Iran.

Iklan
Iklan

Menurut kumpulan itu, lebih 200,000 sistem, peranti dan pelayan Stryker telah dipadam, selain 50 terabait data kritikal berjaya diekstrak.

Stryker mengesahkan mereka mengalami gangguan rangkaian global, namun menyatakan tiada bukti penggunaan perisian tebusan atau perisian hasad dalam serangan tersebut.

Iklan

Syarikat itu menegaskan insiden kini terkawal dan pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan sistem secepat mungkin.

Gangguan itu mengakibatkan pekerja di pelbagai negara tidak dapat mengakses peranti kerja mereka, dengan sebahagian sistem memaparkan logo Handala pada skrin log masuk.

Iklan

Serangan ini dianggap antara serangan paling signifikan yang dikaitkan dengan konflik Iran–AS setakat ini. - Awani