Dron serang tangki bahan api di Pelabuhan Salalah, sebahagian lagi ditembak jatuh

Iklan
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan ke atas Pelabuhan Salalah di Oman. Foto Agensi

ISTANBUL - Beberapa dron ditembak jatuh pada Rabu, manakala yang lain menyerang tangki bahan api di Pelabuhan Salalah, Oman, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media tempatan.

Menurut Agensi Berita Oman, pegawai di Oman sedang giat memantau dan menangkis serangan berkenaan.

Iklan
Iklan

Sumber agensi itu turut memaklumkan yang tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan ke atas pelabuhan tersebut.

Ketegangan di Asia Barat memuncak selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari, yang setakat ini dilaporkan mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, serta lebih 150 pelajar perempuan.

Iklan

Teheran kemudian melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. - Bernama-Anadolu

 

Iklan