Implikasi Malaysia hadapi konflik Asia Barat
Iklan
Ketegangan geopolitik juga boleh memberi kesan kepada kestabilan ekonomi global.
KONFLIK berterusan di Asia Barat sering dianggap oleh sebahagian rakyat Malaysia sebagai sesuatu yang jauh daripada kehidupan harian kita.
Namun dalam dunia yang semakin saling bergantung antara satu sama lain, sebarang ketegangan geopolitik di rantau tersebut boleh memberi kesan dan implikasi nyata kepada ekonomi global — dan akhirnya kepada kehidupan rakyat Malaysia.