Kerajaan kekalkan subsidi RON95, naikkan bantuan Budi diesel kepada RM300 sebulan - MoF

Iklan
Kerajaan Madani mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai Budi Diesel kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat walaupun harga pam petrol RON95 dan diesel meningkat susulan kenaikan harga minyak global.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat Malaysia melalui inisiatif subsidi bersasar Budi Madani serta bantuan tunai tambahan, tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api ini berlaku susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat berikutan serangan ke atas Republik Islam Iran.

Iklan

Pada 9 Mac, harga minyak Brent telah mencecah AS$119 setong sebelum kembali turun kepada sekitar AS$90 setong, namun keadaan pasaran kekal tidak menentu. - Bernama

 

Iklan