Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, 4 cedera

Iklan
Empat orang cedera setelah dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada Rabu - Foto: Agensi

ISTANBUL - Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada Rabu, menyebabkan empat orang cedera, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pejabat Media Dubai.

Pejabat itu menyatakan bahawa insiden berkenaan menyebabkan kecederaan ringan kepada dua warga Ghana dan seorang warga Bangladesh, manakala seorang warga India mengalami kecederaan sederhana.

Iklan
Iklan

Menurut pejabat itu, trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terus beroperasi seperti biasa.

Ketegangan serantau memuncak selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran, yang mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iklan

Iran kemudiannya melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. - Bernama

 

Iklan