GOMBAK – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa umat Islam supaya kembali berpegang kepada ajaran al-Quran serta sunnah Nabi Muhammad SAW di saat dunia ketika ini ‘digoncang’ dengan peperangan di Asia Barat.
Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat Malaysia sendiri turut merasai penderitaan yang dilalui oleh umat Islam di wilayah yang berdepan dengan peperangan berkenaan.