'Dapat bendung kenaikan harga'
Iklan
Langkah kerajaan untuk melaksanakan ikhtiar maksimum bagi mengekalkan harga subsidi petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter memberi sedikit kelegaan kepada rakyat. Gambar kecil:Rodziah (atas),Nordiani dan Hasmarin.
Rakyat harap harga RON95 kekal stabil elak kenaikan kos sara hidup
SHAH ALAM - Langkah kerajaan untuk melaksanakan ikhtiar maksimum bagi mengekalkan harga subsidi petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter memberi sedikit kelegaan kepada rakyat yang berharap keputusan itu dapat dipertahankan dalam tempoh lebih lama.
Seorang suri rumah, Rodziah Hamid, 47, berkata, kestabilan harga petrol amat penting kerana ia memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian rakyat.