Pengekalan harga RON95 bantu kurangkan tekanan golongan rentan
Iklan
Usaha kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter dilihat mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup. Gambar kecil: Nuradli Ridzwan
SHAH ALAM – Usaha kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter dilihat mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup, khususnya kepada golongan rentan.
Presiden Persatuan Muamalat Malaysia (MMA), Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, rakyat juga dijangka dapat memahami perubahan harga pada masa hadapan sekiranya kerajaan menyampaikan penjelasan dan komunikasi yang jelas.