Raya: Ramai pakar falak TikTok
Iklan
Di Malaysia, Aidilfitri ditentukan melalui kaedah rukyah dan hisab, iaitu cerapan anak bulan serta pengiraan astronomi.
RAYA Sabtu atau Jumaat? Inilah teka-teki yang membuatkan media sosial riuh sejak beberapa hari ini. Ramai masih teringat kisah raya ‘mengejut’ sebelum ini hingga ada yang mula risau perjalanan balik kampung jadi kelam-kabut.
Peniaga pula takut barang jualan tidak sempat dihabiskan, manakala mak ayah di kampung tertanya-tanya sempat atau tidak hendak bakar lemang dan siapkan rendang.