MANILA - Penduduk Filipina berpusu-pusu ke stesen minyak pada Isnin apabila pihak berkuasa menjangkakan kenaikan harga petrol yang dipacu oleh perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Setiausaha Tenaga, Sharon Garin memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa kos bahan api dijangka meningkat antara 17 hingga 24 peso (bersamaan RM1.13 hingga RM1.60) bagi setiap liter minggu ini, selaras dengan lonjakan harga minyak akibat kebimbangan bekalan dari Asia Barat.