Angkasa hargai peranan media

Iklan
Abdul Fattah (empat dari kanan) bergambar bersama wakil petugas media dari Kumpulan Karangkraf di Lobi Kumpulan Karangkraf, pada Isnin

SHAH ALAM - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyampaikan Kit Ramadan sebanyak 300 pek kepada para petugas media dari Kumpulan Karangkraf disini, pada Isnin.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah, kepada wakil media dari Sinar Harian iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli.

Iklan
Iklan

Abdul Fattah berkata, pemberian itu sebagai tanda menghargai peranan media sebagai perantara antara Angkasa dengan masyarakat.

Menurutnya, pihak media banyak mempromosikan gerakan operasi sehingga dikenali ramai.

Iklan

"Kita tahu rakan-rakan media, waktu berbuka mereka tidak sempat pulang ke rumah kerana komitmen tugas. Oleh sebab itu sumbangan ini diberikan sebagai tanda persahabatan dan penghargaan.

"Media banyak membantu dalam mempromosikan Angkasa serta memperkenalkan kami kepada masyarakat.

Iklan

"Hasil sokongan tersebut, kini semakin ramai orang mengenali Angkasa dan memahami peranan gerakan koperasi. Malah koperasi semakin menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan," ujarnya kepada Sinar Harian.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Angkasa Negeri (JKAN) Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah.

Tambah Abdul Fattah, Angkasa turut menyantuni komuniti dan ahli masyarakat yang kurang bernasib baik dengan menyalurkan sumbangan sama ada barangan asas atau bakul makanan sempena bulan Ramadan.

Jelas beliau, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Setiap tahun kami memang akan adakan sumbangan sempena bulan puasa. Ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana telah dimulakan sejak awal tahun 2010.

"Menerusi program tersebut, Angkasa memperuntukkan kira-kira RM500,000.Jumlah penerima manfaat bergantung kepada situasi mereka dan melibatkan ke seluruh negeri," jelasnya.