Wanita ditahan lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna

Iklan
Rihanna. Foto: Agensi

LOS ANGELES – Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan selepas dilaporkan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kediaman penyanyi terkenal, Rihanna di Beverly Hills pada Ahad.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), kejadian berlaku pada petang Ahad selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai bunyi tembakan berhampiran kediaman penyanyi itu.

Iklan
Iklan

Pegawai polis tiba di lokasi kira-kira jam 1.21 tengah hari waktu tempatan sebelum menahan suspek tidak lama kemudian.

Siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai melepaskan beberapa das tembakan dari dalam sebuah kenderaan jenis Tesla berwarna putih ke arah rumah tersebut sebelum meninggalkan kawasan berkenaan.

Iklan

Ketika kejadian, Rihanna, 38, dilaporkan berada di dalam rumah bersama pasangannya, penyanyi rap A$AP Rocky dan tiga anak mereka.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan.

Iklan

Identiti suspek serta motif kejadian masih belum didedahkan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan. - Agensi