Anak lorong ibarat ‘halimunan’
Iklan
Wartawan Sinar Harian bersama Mohd Azhan (kanan) ketika membuat tinjauan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Tanpa dokumen diri yang sah, sebahagian besar anak-anak jalanan yang tinggal di lorong-lorong sekitar Chow Kit di sini ibarat membesar sebagai ‘halimunan’ kerana tidak wujud dalam sistem negara.
Aktivis Pertubuhan Jejak Jalanan, Mohd Azhan Mohd Adnan berkata, tanpa sijil kelahiran dan kad pengenalan, kanak-kanak tersebut tidak dapat dikesan sehingga tercicir daripada sistem pendidikan dan kebajikan.