Anak lorong terdedah eksploitasi buruh, upah RM10 hingga RM30 sehari
Iklan
Hartini
KUALA LUMPUR - Kerentanan berlapis yang semakin kompleks menyebabkan kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan sah di sekitar lorong Chow Kit terdedah kepada eksploitasi buruh dalam sektor pekerjaan tidak formal.
Pengasas Yayasan Chow Kit (YCK), Datuk Dr Hartini Zainudin berkata, kebanyakan kanak-kanak di situ menerima bayaran upah yang rendah, malah terpaksa bekerja hingga lewat malam.