Hisap dadah, mabuk depan mata
Iklan
Wartawan Sinar Harian menemu bual Kiera ketika ditemui di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Terdedah kepada gejala sosial antara cabaran realiti kehidupan seorang remaja perempuan yang tinggal di tingkat atas sebuah bangunan kedai di Chow Kit di sini.
Malah, remaja yang dikenali sebagai Kiera, 13, (bukan nama sebenar) pernah melihat sendiri di depan mata seorang lelaki tidak dikenali sedang menghisap dadah di kawasan rumahnya.