Antara misil balistik Iran dan penangkis Israel, siapa habis dulu?
Iklan
Iran mempunyai arsenal amunisi balistik yang pelbagai dari jarak operasi 75km sehinggalah ke 3,000km. Gambar kecil: Mohammad Fairuz
DINAMIKA peperangan di Asia Barat telah mengalami peralihan paradigma daripada sengketa proksi yang terhad sebelum ini kepada peperangan atrisi terbuka berskala besar antara Iran dengan Israel yang disokong secara intensif oleh Amerika Syarikat (AS).
Sejak 28 Februari lalu, intipati konflik ini bukanlah sekadar keunggulan teknologi, tetapi keupayaan siapa yang mampu mengekalkan rantaian bekalan senjata bagi memastikan tentera di barisan hadapan sentiasa mendapat peluru yang mencukupi bagi meneruskan pertempuran.