Cabaran besar kemajuan wanita
Iklan
Sokongan pelbagai pihak amat diperlukan bagi memperkasakan golongan wanita termasuk peranan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. Gambar kecil: Norhimah
SHAH ALAM - Jurang penyertaan ekonomi, diskriminasi gender serta kekurangan suara dalam kepimpinan politik antara cabaran terbesar yang masih dihadapi golongan wanita ketika ini.
Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN), Norhimah Aziz berkata, meskipun jumlah graduan wanita meningkat setiap tahun, kadar penyertaan mereka dalam tenaga buruh masih lebih rendah berbanding lelaki.