Saree Walkathon sempena Hari Wanita

Iklan

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Nutri Heart dengan kerjasama Netaji Subhash Chandra Bose Indian Cultural Center dengan bangganya menganjurkan Women’s Day Saree Walkathon KL 2026, yang menghimpunkan 1,000 wanita daripada pelbagai kaum dan kewarganegaraan di seluruh Malaysia di Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Acara tersebut meraikan kekuatan wanita, kebanggaan budaya, perpaduan serta gaya hidup sihat apabila para peserta berjalan bersama-sama dengan mengenakan pakaian tradisional sari yang dipadankan dengan kasut sukan, melambangkan gabungan warisan budaya, pemerkasaan wanita dan gaya hidup moden.

Iklan
Iklan

Walkathon ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan jantung, kesejahteraan serta semangat kebersamaan komuniti, di samping menyediakan platform yang meriah untuk wanita berhubung, meraikan kejayaan dan saling memberi inspirasi antara satu sama lain. - Bernama