Tentera Israel dakwa lancar serangan udara di seluruh Iran

Iklan
Letupan berlaku berhampiran Menara Azadi dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Teheran susulan serangan udara pada 7 Mac lalu. - AFP

ISTANBUL - Tentera Israel memaklumkan pada Ahad bahawa pihaknya melancarkan serangan udara yang menyasarkan apa yang disifatkan sebagai “infrastruktur ketenteraan Iran” di seluruh negara itu.

Menurut kenyataan tentera, satu gelombang serangan udara dilancarkan dengan menyasarkan infrastruktur ketenteraan milik rejim Iran di beberapa lokasi di Iran.

Iklan
Iklan

Tentera Israel turut mendakwa pesawat pejuang F-14 milik Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Isfahan menjadi antara sasaran serangan tersebut.

Setakat jam 7 pagi (waktu tempatan), tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Iran berhubung serangan yang dilaporkan itu.

Iklan

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Serangan itu dilaporkan telah mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, lebih 150 pelajar perempuan serta beberapa pegawai kanan tentera.

Iklan

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan balas besar-besaran yang menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat, kemudahan diplomatik dan anggota tentera negara itu di seluruh rantau berkenaan, selain beberapa bandar utama di Israel. - Bernama