DELHI - Seorang lelaki ditahan selepas didakwa membunuh anak perempuannya yang berusia 10 tahun dengan memukul kepala menggunakan kayu.
Memetik portal Hindustan Times, kejadian dilaporkan berlaku di Jammu, Delhi, India.
Berdasarkan kenyataan polis pada Sabtu, suspek, Ramesh Kumar sebenarnya sudahpun dikehendaki pihak berkuasa dalam satu kes pembunuhan pada 2016 yang didaftarkan di Balai Polis Gandhi Nagar di Jammu.
Suspek yang berasal dari daerah Chhatarpur, Madhya Pradesh itu berjaya ditahan selepas identiti palsunya sebagai Rajveer dikesan di Delhi.
Difahamkan, suspek bertindak melarikan diri dari Jammu selama 10 tahun selepas melakukan jenayah pembunuhan itu.
Selepas penahanannya, tertuduh diserahkan kepada pegawai penyiasat dari Polis Jammu dan Kashmir, yang secara rasmi menahannya bagi kes tersebut.
Berdasarkan laporan polis, Kumar yang bekerja sebagai buruh binaan di Jammu, didakwa memukul kepala anak perempuannya sehingga cedera parah.
Motif suspek melakukan jenayah tersebut kerana kanak-kanak itu diketahui bukan anak kandungnya.
Mangsa kemudiannya dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.