Kerangka perundangan kukuh diperlukan hadapi ancaman siber - PM

Iklan
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mempunyai kerangka perundangan yang adil, komprehensif dan berkeupayaan menangani keperluan serta cabaran dalam era digital, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikannya bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Iklan
Iklan

"Seyogia, perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa ini mahupun pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. - Bernama 

 

Iklan

 

 

Iklan