Teka-teki bila PRU16 diadakan
Iklan
Tarikh sebenar PRU16 hanya boleh ditentukan oleh Anwar selaku Perdana Menteri. Gambar hiasan
TEKA-TEKI bila Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan diadakan sudah mula dibicarakan. Hal ini demikian kerana usia kerajaan sedia ada yang dibentuk selepas PRU15 pada 19 November 2022 sudah memasuki tahun keempat atau, lebih tepat lagi, tiga tahun empat bulan.
Ini bermakna mandat lima tahun kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbaki lagi satu tahun lapan bulan. Dalam politik, tempoh itu tidak lama. Sebab itu, parti-parti politik di pihak kerajaan dan pembangkang mula membuat persiapan untuk menghadapi PRU tersebut.