[VIDEO] Norafiqah pecah dominasi lelaki
Iklan
ISKANDAR PUTERI – Ketika kebanyakan orang masih lena dibuai mimpi, Norafiqah Abdul Razak, 39, sudah bersiap memulakan rutin hariannya sebagai pemandu lori sampah seawal jam 4 pagi.
Norafiqah memulakan tugas dengan melapor diri di Depoh Kangkar Tebrau sebelum memandu lori sampah ke kawasan perumahan sekitar Taman Universiti, Skudai.