Iran tidak akan menyerah kalah - Pezeshkian

Iklan
Pezeshkian menolak desakan Presiden Donald Trump supaya menyerah kalah. Foto Agensi

TEHERAN - Presiden Masoud Pezeshkian pada Sabtu menegaskan Iran tidak akan sesekali menyerah kalah kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutu kuatnya, Israel ketika perang terbuka di Asia Barat kini memasuki minggu kedua.

"Kami tidak akan tunduk kepada desakan musuh," katanya menerusi ucapan disiarkan stesen TV tempatan.

Iklan
Iklan

Pezeshkian yang merupakan salah seorang anggota Majlis Kepimpinan sementara turut memohon maaf kepada negara-negara Teluk yang turut terpalit peperangan itu sejak seminggu lalu.

"Teheran bersetuju tidak lagi akan melancarkan serangan ke negara-negara jiran. Mereka tidak akan jadi sasaran selagi tidak memprovokasi kami," menurutnya.

Iklan
Iklan

Gelombang serangan tanpa henti ke atas negara-negara yang menempatkan pangkalan tentera AS telah mencetuskan huru-hara di rantau tersebut. - AFP