TNB sumbang RM1 juta untuk JKN Kelantan

Iklan
Ahmad (tiga dari kanan) menerima sumbangan tersebut daripada wakil TNB. - GAMBAR IHSAN UKMB

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menerima RM1 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam inisiatif bantuan menghadapi pandemik koronavirus (Covid-19), di sini semalam.

Bantuan tersebut akan disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk kegunaan bagi keperluan barangan dan peralatan untuk membendung penularan jangkitan virus itu.

Iklan
Iklan

Gimik penyerahan sumbangan itu diadakan selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Bilik Gerakan, Kompleks Kota Darulnaim.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Iklan
Iklan