KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke separuh akhir pertama mereka pada Kejohanan Badminton All England selepas menumpaskan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dalam aksi suku akhir berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, awal pagi tadi.
Gandingan nombor dua dunia itu hanya mengambil masa 43 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan straight set 21-9, 21-18.