Bergantung figura lama boleh hadkan ruang pembaharuan PN
Iklan
Kepimpinan PN mungkin menyedari bahawa terlalu bergantung kepada figura lama boleh mengehadkan ruang pembaharuan imej gabungan tersebut. Gambar kecil: Dari kiri Mujibu, Syed Agil.
SHAH ALAM – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan lagi calon Perdana Menteri dilihat membawa mesej politik jelas isu kepimpinan tertinggi dalam gabungan itu masih terbuka dan tidak lagi tertumpu kepada seorang individu.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, kenyataan tersebut secara tidak langsung menandakan dominasi politik Muhyiddin dalam menentukan hala tuju kepimpinan PN sedang melalui proses penilaian semula.