Kecamuk Ramadan
Iklan
Seorang penduduk berdiri di tepi jalan berhampiran bangunan kediaman yang rosak berhampiran Dataran Niloufar di Teheran, selepas kempen ketenteraan Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran pada 2 Mac lalu. Foto: AFP
BARU-baru ini kita menyaksikan satu kebetulan yang jarang berlaku antara tempoh Lent dalam tradisi Kristian (yang tarikhnya ditentukan oleh Easter, yang pula dikira berdasarkan peredaran bulan), Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan. Dua perayaan lunar yang terakhir ini akan bertembung sekali lagi pada tahun 2027 dan 2028.
Selepas itu, Tahun Baharu Cina akan bertepatan dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2029, 2030 dan 2031, dengan perbezaan satu atau dua hari bergantung kepada peraturan astronomi yang berbeza.