Perhimpunan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak diteruskan - Polis
Iklan
Azizee
BUKIT MERTAJAM - Penganjuran perhimpunan mengenai sebuah rumah ibadat kecil berhampiran sebuah hospital di Pulau Pinang yang dirancang diadakan esok tidak akan diteruskan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, perkara itu diputuskan susulan perbincangan hari ini antara polis diketuai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris bersama penganjur perhimpunan serta pengurusan rumah ibadah yang terlibat.
Iklan
Iklan
"Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah mencapai permuafakatan dan bersetuju supaya perhimpunan berkenaan tidak diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak hadir, berkumpul atau terlibat dalam sebarang bentuk perhimpunan di lokasi tersebut atau di mana-mana lokasi lain kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan provokasi yang berpotensi mengganggu keharmonian serta menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
Iklan
Beliau berkata, kawasan hospital merupakan premis penting bagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat dan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman di kawasan itu perlu dielakkan.
Azizie berkata, polis akan terus memantau situasi berkenaan khususnya di kawasan Bukit Mertajam bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal.
Iklan
Mengenai perarakan keagamaan melibatkan kuil berkenaan yang turut dijadualkan esok, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan serta arahan lalu lintas yang dikuatkuasakan pihak polis selain menjaga keselamatan harta benda awam.
"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan berbentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan melanggar undang-undang. - Bernama
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.