Nekbat ikonik Pantai Timur

Iklan
Noor Aini (kanan) bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang.

DUNGUN - Pengusaha, Noor Aini Salleh, 43, bersama anaknya, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17, sibuk menyiapkan tempahan nekbat ketika ditemui di Rantau Abang di sini.

Kuih tradisional ikonik Pantai Timur, nekbat terus menjadi pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam kalangan masyarakat di Terengganu dan Kelantan setiap kali Ramadan.

Iklan
Iklan

Walaupun berdepan perubahan zaman dan kemunculan pelbagai jenis kuih moden, nekbat tetap mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang unik selain nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Noor Aini berkata, pada Ramadan tahun ini beliau menerima tempahan kira-kira 120,000 biji nekbat daripada peniaga dan peminat kuih tradisional berkenaan, termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah serta Perlis. - Bernama

Iklan
Iklan