SEGAMAT - Lelaki tempatan berusia lingkungan 20 tahun yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah masjid di Bukit Siput di sini seperti tular di media sosial, berjaya diberkas polis awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek ditahan pada jam 3.15 pagi di Taman Air Biru, Pasir Gudang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.