Lapan parti politik sertai musyawarah isu Islam, Melayu dan Bumiputera
Iklan
Asyraf (duduk tengah) bersama wakil pemimpin parti yang hadir menyertai Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO.
KUALA LUMPUR – Lapan parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera menyertai Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti yang terlibat ialah UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau diamanahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan musyawarah kali pertama itu yang dicetuskan bagi menghimpunkan parti-parti politik daripada blok kerajaan dan pembangkang demi maslahah ummah serta kepentingan Islam.
Menurutnya, musyawarah berkenaan menjadi wahana penting untuk bertukar pandangan secara terbuka bagi mencari titik persefahaman dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama melibatkan Islam, Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Iklan
“Hakikatnya dalam sistem demokrasi, parti-parti politik boleh berbeza pandangan sama ada berada di blok kerajaan mahupun pembangkang dan perbezaan itu adalah lumrah dalam politik.
“Namun apabila menyentuh soal kepentingan Islam, kedudukan Melayu serta masa depan Bumiputera, ia seharusnya menjadi titik temu yang menyatukan semua pihak melangkaui perbezaan politik kepartian,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Iklan
Dalam pada itu, beliau berkata, semua parti yang terlibat turut bersetuju menubuhkan Sekretariat Musyawarah Parti-Parti Teras Islam, Melayu dan Bumiputera sebagai platform bagi menyediakan ruang perbincangan, perundingan dan dialog terbuka secara berterusan berkaitan isu-isu berkepentingan bersama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>