Pulih imej dan keyakinan rakyat kepada SPRM

Iklan
Kebelakangan ini beberapa isu timbul menyebabkan imej SPRM tercalar.

BANYAK kes besar dan penting telah berjaya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kini.

Ini merupakan satu pencapaian yang kita harus puji kerana SPRM berusaha keras untuk memastikan perjuangan melawan rasuah dapat dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ada beberapa isu yang timbul dan menyebabkan imej SPRM tercalar.

Pertama ia melibatkan saham yang dimiliki oleh bos SPRM yang menimbulkan banyak tanda tanya sehingga kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu tersebut.

Iklan

Kedua adalah dakwaan wujudnya 'mafia korporat' yang dikatakan terdapat unsur menyalahgunakan institusi penguat kuasa untuk kepentingan peribadi.

Media antarabangsa, Bloomberg mendakwa tentang kewujudan gejala mafia korporat dengan menyediakan 'perkhidmatan' intimidasi bagi memaksa pengambilalihan syarikat.

Iklan

Laporan itu turut mendakwa wujud rangkaian ahli perniagaan dan pegawai SPRM yang menggunakan serbuan serta siasatan untuk memberi tekanan kepada eksekutif supaya menjual pegangan saham dalam syarikat disasarkan.

Ketiga adalah mengenai penyelewengan melibatkan pelaburan berjumlah RM1.11 bilion yang melibatkan seorang bekas menteri kanan.

SPRM kini sedang mencari penganalisis politik, James Chai yang juga bekas pembantu kepada bekas menteri kanan itu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Namun, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah bertindak mengeluarkan kenyataan mengecam keras SPRM yang didakwa semakin terpesong daripada mandat asalnya untuk membanteras rasuah.

Bersih mendakwa agensi menjadi alat intimidasi politik apabila SPRM melakukan siasatan terhadap James. Pada pandangan banyak orang, ini semua nampaknya tidak begitu baik untuk SPRM.

Jadi dengan segala kejayaan-kejayaan besar yang dilakukan akan padam jika semua isu-isu yang timbul tidak diselesaikan dengan baik dan tahap keyakinan rakyat pada SPRM menurun.

Malah perkara ini juga akan beri kesan besar kepada Kerajaan Madani dan sudah tentu kerajaan tidak mahu menjejaskan reputasi menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.