Takrifan jatuhkan kerajaan perlu bukti jelas - Pakar Perlembagaan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada 4 Mac lalu.Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM - Takrifan menjatuhkan kerajaan dari sudut undang-undang tidak boleh ditentukan berdasarkan persepsi politik atau dakwaan semata-mata, sebaliknya perlu bersandarkan bukti kukuh dan asas perundangan yang jelas.
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, dalam konteks undang-undang sesuatu perbuatan yang didakwa perlu memenuhi beberapa elemen penting sebelum sebarang tindakan boleh diambil.