Dua rang undang-undang, satu isyarat politik
Iklan
Suasana dewan semasa undi berbelah bahagi pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 2 Mac lalu. Foto Bernama
MINGGU ini, kerajaan Madani di bawah kelolaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dua setback berturut-turut di Dewan Rakyat. Had penggal Perdana Menteri gagal melepasi majoriti dua pertiga. Pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya pula terpaksa ditangguhkan untuk kajian jawatankuasa khas parlimen.
Dua hari berturut-turut, dua rang undang-undang reformasi yang tertangguh.