Reset tidak boleh separuh masak
Iklan
Kerajaan membentangkan dua RUU meminda Perlembagaan Persekutuan iaitu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) kepada 10 tahun. Gambar kecil: Saifuddin
APABILA Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan reset (dalam Konsensus Nasional Baru), beliau menyatakan ia perlu dilakukan secara menyeluruh dan mendalam. Tidak boleh separuh masak.
Tetapi, inilah yang berlaku apabila pada 2-3 Mac lalu, kerajaan membentangkan dua Rang Undang-undang (RUU) meminda Perlembagaan Persekutuan iaitu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) kepada 10 tahun dan memisahkan kuasa antara Peguam Negara (PN) dan Pendakwa Raya (PR).