Lebuh raya PLUS di Nilai banjir kilat

Iklan
Tangkap layar video menunjukkan laluan empat lorong yang menghala ke Utara dan Selatan ditenggelami air.

NILAI - Beratus pemilik kenderaan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Nilai di sini dilanda banjir kilat pada Khamis.

Beberapa video dimuat naik di media sosial menunjukkan laluan empat lorong terbabit yang menghala ke utara dan selatan ditenggelami air.

Iklan
Iklan

Kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak jam 6.30 petang.

Pihak PLUS memaklumkan trafik mengalami kesesakan sejauh 12 kilometer (km) dari Kajang ke Nilai disebabkan banjir kilat di KM287 yang menyebabkan semua lorong terhalang.

Iklan

"Lorong kecemasan dan kiri arah utara terhalang menyebabkan kesesakan sejauh 5 km dari Nilai ke Bangi.

"Hentian Nilai arah utara juga ditutup," katanya.

Iklan

Kejadian banjir turut dipercayai berlaku di Pekan Nilai apabila beberapa kawasan dinaiki air.