Aktivis antiperang AS patah tangan ketika bantah perang Iran

Iklan
McGinnies berpaut pada pintu ketika dia diheret keluar ketika sesi pendengaran Jawatankuasa Senat pada Rabu. - Foto Agensi

WASHINGTON - Sesi pendengaran Jawatankuasa Senat di Capitol pada Rabu kecoh selepas seorang aktivis antiperang membantah perang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Bekas anggota tentera Marin, Brian McGinnis yang lengkap memakai pakaian seragam itu diheret keluar secara paksa oleh beberapa anggota polis dan turut dibantu Senator Republikan, Tim Sheehy.

Iklan
Iklan

Pergelutan yang tercetus menyebabkan sebelah tangan McGinnis patah akibat kekasaran melampau ketika dia dipaksa keluar dari bilik berkenaan.

Difahamkan, dia diusir selepas dia mendesak Senat menghentikan pembiayaan untuk peperangan di Iran dan meneriak 'Amerika tidak mahu menghantar anak-anak kami berperang untuk Israel'.

Iklan

Sementara itu, Mark Elbourno yang menguruskan kempen McGinnis untuk bertanding pada Pilihan Raya Senat 2026 mewakili Parti Hijau menafikan tuduhan dia menyerang anggota polis.

"Dia tidak mengasari sesiapa pun dan hanya mahu menyampaikan mesejnya dengan jelas," jelasnya lagi. - Agensi

Iklan