DAP pertahan pendirian desak kerajaan tubuh RCI siasat dakwaan kewujudan 'mafia korporat'
Iklan
ANTHONY
SHAH ALAM - DAP mempertahankan pendirian mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh dakwaan sebuah media asing berkenaan kewujudan gejala 'mafia korporat' yang dikatakan menyalahgunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan peribadi.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, perkara itu antara tiga pendirian yang diputuskan dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Rabu malam.
Iklan
Iklan
Anthony berkata, kerajaan mesti menangani isu tersebut dengan berkesan untuk mempertahankan kewibawaan SPRM melalui penubuhan RCI di samping mencadangkan langkah-langkah mencegah penyalahgunaan kuasa dalam institusi itu.
Kedua, kata beliau, DAP menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.
Iklan
"Kerajaan diseru untuk membentangkan semula RUU tersebut dalam sidang Parlimen akan datang bagi merealisasikan agenda reformasi yang penting ini.
"Ketiga, DAP menyokong keputusan kerajaan untuk merujuk RUU Pengasingan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ke Jawatankuasa Pilihan Khas.
Iklan
"Selain menyatakan komitmen untuk menambah baik aspek akauntabiliti dan ketelusan proses pelantikan jawatan tersebut melalui wakil DAP dalam jawatankuasa berkenaan iaitu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh serta Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, DAP terus komited menyokong agenda reformasi institusi dalam kerajaan.
"Kami tidak akan berkompromi dalam sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa serta menyokong penuh agenda memerangi rasuah," ujarnya lagi.
Baru-baru ini, Dewan Rakyat meluluskan usul agar RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 berkaitan pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dirujuk kepada sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas akan meneliti RUU berkenaan termasuk mekanisme akauntabiliti Pendakwa Raya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.