Ego yang menutupi cahaya
Iklan
Ego menghalang penerimaan kebenaran dan menjadikan seseorang lebih fokus pada memenangi hujah daripada menjaga hubungan. Gambar hiasan
KEFAHAMAN asas terhadap perkataan ego merujuk kepada sikap berasa lebih mulia berbanding orang lain, megah dengan diri sendiri dan sukar mengaku bersalah.
Pun begitu, perspektif psikologi yang lebih tepat terhadap sikap itu dikenali sebagai ‘Big Ego’ atau ego yang menebal. Dalam konteks penulisan, lebih mudah saya guna perkataan ego walaupun merujuk kepada ‘Big Ego’.